Friday 15 January 2010

Pencarian Razeki Orang Sanggang

Assalamualaikum orang kampung,

Dah lagi koi mengembala blog ini oleh kerana sibok saomur untuk mencari razeki, maklum lah dudok di bandor ni, semuanye mehe belaka, semuanya nok kena bayor. Sekarang ini hari ini 26 jan 2010 kerajaan telah mengeluarkan kenyataan harga getah akan naik sampai Rm5.00 sekilo, Alhamdulillah !!!! senang sikit orang kampung kita, tapi masaalah nya penduduk Sanggang boleh dikatakan dah tak daye nak noreh getah, ader separuhnya hanya harapkan orang asli ajer, atau orang Indonesia yang tersesat, ader juga sebahagian juga orang yang datang dari negeri lain.Apa yang kita boleh kita lihat boleh dikatakan hanya getah dengan sawit ajerlah yang boleh mendatangkan hasil, yang lain tu koi tak nampok!!!...

Monday 21 December 2009

Sanggang Tebing (Baroh)

Ini pemandangan Masjid Lama Sanggang, koi tak tau la apa cangan JKKK Sangang nak buat dengan khazanah lama ini, koi sendiri pun tak  tau bila masjid ini dibuat, setahu koi dah melebihi 50tahun dah. sebab hidup koi ni pun dah melebihi 50 tahun, masa koi kecik-kecik dulu pun Masjid ini dah ader.


Ini pun sama juga lah, banyak kenangan tak boleh dilupakan dengan
 Masjid ini, arwah Ayahanda koi pun disembahyangkan jenazahnya
dimasjid ini lah jugok ......


Ini pemandangan daripada Masjid Lama Sanggang, di kawasan ini
juga lah  dari dulu sahingga ke hari ini orang Sanggang akan mengadakan  Pekan Sari, pada tiap-tiap ari Jumaat dari pukul 7.30 pagi tu sahinggalah kepukul 11.00 lebih kurang....

Pada zaman dulu bangunan ini seingat koi, adalah tempat lepak- lepak atau tempat orang Sanggang bermesyuarat dan sebagainya, kalau pada masa Pilehan Raya dibalai ini lah tempat dia orang engundi, buat masa ini ianya hanya digunakan olih anai-anai untuk membiak.....

Ini pun satu lagi bangunan orang ramai untuk duduk lepak-lepak, berborak jumpa kawan-kawan satelah leteh menoreh getah, tapi kini dapat kita tengok dah naik semak, tak ader berpenghuni......
Ini dulunya adalah Pejabat Penghulu Sanggang, tapi kini peladang Unit Sanggang, kita boleh tengok sebahagian ternakan kambing ....

Gamoknya ada yang tak tahu ini pejabat ape???? yang sebenornya ini adalah Jeti kalau naik bot penumpang kalau dia naik bot pun hari
 Jumaat ajer,  untuk orang Seberang Sanggang datang ke Pekan Sari


Hem.... itu dia tangga turun ke .......

Thursday 17 December 2009

Penduduk Tetap Sanggang

Assalamualaikum dan Salam Bahagia,
Kali ini kita borok-borok pasal penduduk Sanggang. Kalau koi balik kampung tu, koi rasa sunyi sangat sebab penduduk Sanggang boleh dikatakan boleh d'kira dengan jari, yang ade nyer budak yang sedang membesor ajer, kalau yang dah lepas sekolah tu semuanya berhijrah keluar dari Saggang, jadi tinggal la orang yang bertaraf warna emas ajer yang tinggal.

Saturday 12 December 2009

Kesejahteraan Kg. Sanggang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Satelah beberapa lama koi tak updatekan blog koi ni, kali kita cerita-cerita dengan kampung kita. Baru-baru ini koi ada balik ke Sanggang, Alhamdulillah jalan masuk ke Sanggang pun dah d'besokan, tak takut dah kalau berseliseh dengan lori atau bas tu, kalau tidak masa dulu tu kita rasa takut-takut juga lah sebab jalan yang sempit. Bagitu juga dengan Masjid kalau tak silapkan koi dah lama berpindah ke Kg.Sanggang Bahagia, juga dah lama ade Dewan Tok Perang Teh (Dewan Orang Ramai), dan juga macam-macam Dewan ader, tahniah koi ucapkan........


Awok me tengok lah sendiri jalan Kg. Sanggang, macam jalan
dekat Temerloh, lawo !!!!


Ini gambo Masjid Baru Sanggang come juga lah... tapi
sekarang ini Alhamdulillah dah dibesokan sikit, dah dibuat rembat . . . .

Ini adalah Dewan Tok Perang Teh (Dewan Serbaguna) Sanggang


Bangunan ini bersebelahan dengan Dewan Tok Perang Teh apa yang
koi dendor, Dewan Bijak Komputer, untuk orang-orang Sanggang
mengenel dengan IT

Dewan ini lawo come Wisma Desa Jaya, gamok koi ini untuk JKKK
Sanggang, untuk bermesyuarat atau sebagainyer..... minta maaf koi
tak tau apa fungsinyer, malas koi nak komen.....

Ha.... yang ini koi tau, ini surau yang lama tak digunakan, dah nak naik
semak samun. munkin tempat ular menetaskan anoknya, gamoknya la....

Yang ini gombo Pejabat Penghulu Sanggang, dia terletak dekat
Sg. Gedong...... dulu la orang panggil Sg. Gedong tapi koi tak
nampak pun tertulis nye nama sungai tu.... hilang dtelan zaman

Yang ini Pejabat Komuniti Bestari Kg. Sanggang, nampaknyer semok
ajer, tak tau lah koi apa fungsi nye ......