Monday 21 December 2009

Sanggang Tebing (Baroh)

Ini pemandangan Masjid Lama Sanggang, koi tak tau la apa cangan JKKK Sangang nak buat dengan khazanah lama ini, koi sendiri pun tak  tau bila masjid ini dibuat, setahu koi dah melebihi 50tahun dah. sebab hidup koi ni pun dah melebihi 50 tahun, masa koi kecik-kecik dulu pun Masjid ini dah ader.


Ini pun sama juga lah, banyak kenangan tak boleh dilupakan dengan
 Masjid ini, arwah Ayahanda koi pun disembahyangkan jenazahnya
dimasjid ini lah jugok ......


Ini pemandangan daripada Masjid Lama Sanggang, di kawasan ini
juga lah  dari dulu sahingga ke hari ini orang Sanggang akan mengadakan  Pekan Sari, pada tiap-tiap ari Jumaat dari pukul 7.30 pagi tu sahinggalah kepukul 11.00 lebih kurang....

Pada zaman dulu bangunan ini seingat koi, adalah tempat lepak- lepak atau tempat orang Sanggang bermesyuarat dan sebagainya, kalau pada masa Pilehan Raya dibalai ini lah tempat dia orang engundi, buat masa ini ianya hanya digunakan olih anai-anai untuk membiak.....

Ini pun satu lagi bangunan orang ramai untuk duduk lepak-lepak, berborak jumpa kawan-kawan satelah leteh menoreh getah, tapi kini dapat kita tengok dah naik semak, tak ader berpenghuni......
Ini dulunya adalah Pejabat Penghulu Sanggang, tapi kini peladang Unit Sanggang, kita boleh tengok sebahagian ternakan kambing ....

Gamoknya ada yang tak tahu ini pejabat ape???? yang sebenornya ini adalah Jeti kalau naik bot penumpang kalau dia naik bot pun hari
 Jumaat ajer,  untuk orang Seberang Sanggang datang ke Pekan Sari


Hem.... itu dia tangga turun ke .......

No comments:

Post a Comment